bemillionaire96

Thursday, 14 June 2012

SMH66 MARKETPOWER

SMH66 MarketPower adalah satu tempat perniagaan yang paling power dan menguntungkan.

Thursday, 26 January 2012

MILIKI KAD MD2 DI KOTA BHARU

DAPATKAN SEGERA KAD MD2 DARIAPDA SAYA SUFIAN MOHD HASSAN DARI MAXOIL KOTA BHARU DENGAN HARGA RM 10
KENAPA ANDA PERLU MENDAPAT KAD MD2 MAXOIL?
KELEBIHAN DARIPAD MAXOIL MEMBERI ANDA POTONGAN ISTIMEWA SEUMUR HIDUP ANDA UNTUK MENDAPATKAN PRODUK DARIPADA MAXOIL KHUSUS MINYAK SELINDER!!
HARGA UNTUK PEMILIK KAD MD2 JAUH LEBIH MURAH DARIPADA HARGA ASAL CUBA ANDA FIKIR?? BERAPA KALI ANDA TUKAR MINYAK PELINCIR/SELINDER KENDERAAN ANDA? SAYA JAMIN ANDA MESTI TUKAR PALING LEWAT 3 BULAN SEKALI!! TETAPI DENGAN ADANYA KAD MD2 MAXOIL!! ANDA MAMPU MEMBELI PRODUK MINYAK SELINDER DENGAN HARGA POTONGAN YANG LUAR BIASA!! BUKAN ITU SAHAJA DENGAN ADANYA KAD TERSEBUT!! ANDA MAMPU MEMPEROLEH KELEBIHAN DARI SEGI VOUCHER!! PELBAGAI VOUCHER YANG MENARIK!! HUBUNGI SAYA SUFIAN MOHD HASSAN UNTUK MAKLUMAN LANJUT : 0169360982 (HANYA KEGUNAAN UNTUK BERTANYA PASAL KAD MD2 ) RM 10 MAMPU MEMBAWA BANYAK FAEDAH KEPADA ANDA!! HUBUNGI SAYA : SUFIAN MOHD HASSAN, KOTA BHARU 0169360982

Friday, 13 January 2012

Jom Writer!!

Terima Kasih kepada korang yang masih setia untuk mencari rahsia aQ!!
Nak tahu apa sebenarnya,....


Kalau yang tak meleret pun depa orang lelaki ni tak baca juga, konon lelaki baca novel 'cinta' tak maskulin. Cait. Pokoknya malas membaca. Betul tak awak? Hehe. Bukan nak kutuk kaum sendiri. Tetapi. Kalau gred tinggi di Universiti itu rata-ratanya golongan pembaca novel ya!



Saya bukan pakar dalam penulisan. Tetapi, melalui beberapa kaji selidik dan 'memandai-mandai' sendiri, saya rasa saya boleh saja beritahu bagaimana untuk menulis sebuah novel yang sedap dibaca, tidak membosankan, dan menarik.



Sebenarnya, tips-tips yang ditulis oleh seorang pembaca boleh jadi lebih baik daripada seorang penulis. Tetapi mungkin pembaca itu segan atau tidak cekatan menulis buat dia kehabisan nahu untuk menjelaskan maksud nuraninya yang secara jahatnya berbunyi,
"beb, novel hang tak sedap la beb. sorry la ek. Hang patut tulih camni..."

Jadi saya cuba untuk memandai di sini untuk menjelaskan bagaimanakah sebenarnya cara atau panduan atau langkah terbaik untuk menghasilkan sebuah novel yang, secara puratanya, sedap dibaca.

Layankan aje...

1) Tips asas perlu didahulukan. Maka tips pertama untuk menulis novel dengan baik adalah
gunakan kesepuluh-sepuluh jari semasa menaip (apa punya tips haha). Ya, betul. Perlu diingat selalu bahawa otak kite tidak selemah pentium duo core 2 2.5 gig/s itu, kerana otak adalah sebiji mukjizat yang cukup besar. Bayangkan isi-isi idea yang keluar sepantas 20000 gig/s ditaip oleh dua jari telunjuk? Letih ok Kapal Titanic guna enjin bot diesel pom pom pom. Jadi, gerakkan kesemua jari-jemari ketika menaip. Tak boleh? Praktis ok. Lepas praktis, cuba try test kepantasan menaip kamu di sini dan cuba kalahkan saya.


Speed test

2) Stick to the point! atau dalam bahasa Melayu - Tumpu pada tajukJangan duk melalut ke lain. Kadang idea terlampau banyak sampaikan semasa menaip slow tu, muka jadi kemerahan menahan idea yang membuak-buak mahu keluar seperti tahan berak time jamban tak ada (pengalaman beb ;p). Berapa banyak idea pun yang ada, pilih idea-idea yang relevan dengan topik sahaja. Kalau nak cerita pasal Jack dan Betti bercinta dalam lokap, jangan pula terbabas sampai cerita pasal pokok pisang Jack, kucing Betti mati, aliran trafik di Pudu Raya yang takde kaitan langsung dengan cinta Jack dan Betti dalam lokap.


"Jack kesunyian dalam lokap, dia lalu teringatkan pokok pisangnya yang pasti turut kesepian. Pokok pisang itu pemberian bapa tiri jirannya oh..." Please forget it. Stick to the point!



4) Kesinambungan dari plot ke plot seterusnya. Tiada masalah kalau penulis stick to the point, plot sungguh tidak akan lari. Tetapi menjadi masalah apabila penulis memerlukan perenggan flash-back atau informasi di dalam naratifnya. Jadi, sempadan antara dua plot mesti jelas. Jangan pula ralit-ralit kita baca pasal kejadian bunuh, lapor polis, jumpa pisau berlumuran darah kemudian rupa-rupanya hero sedang berkhayal dalam jamban semata, ingatkan betul-betul. 



3) Pandai olah emosi pembaca. Jangan tulis terlalu serius, jangan terlalu santai, jangan asyik gelak HA HA HA, jangan terlalu lucah, pendek kata jangan keterlaluanlah. Sedap-sedap saja elemen-elemen tersebut. Novel yang baik adalah novel yang seimbang dengan unsur lawaknya, saspensnya, sedihnya, dan bahagianya. Novel yang terlalu serius bukan sebuah novel tetapi layak untuk diklasifikasikan sebagai buku non-fiction, buku ilmiah atau buku akaun bank ;p.


Cuba untuk renggut jantung pembaca dengan melakar kisah ceria dan manis sebelum tiba-tiba melanggar perenggan ceria itu dengan tragedi sedih.



5) Untuk menerbitkan wap-wap emosi ke dalam diri pembaca, pemilihan kata perlu sesuai dengan genre emosi itu. Agar suasana sedih benar-benar sedih, suasana kelakar benar-benar kelakar, dan suasana berat benar-benar berat. Kalau nak buat plot lawak, gunakan perkataan santai atau bombastik. Time serius, gunakan term-term serious, informatif, skema dan ikut standard.



6) Imaginasi. Di muka buku itu perkataan. Di dalam kepala pembaca perkataan itu membentuk imaginasi. Aneh bukan apabila saya hampir melupai kebanyakan tajuk novel yang saya baca di zaman sekolah tetapi saya masih boleh ingat 'gambar-gambar' yang 'ditulis' cantik di dalam novel tersebut. Ada apa pada imaginasi? Check it out:



  • Serlahkan keperibadian watak. Fizikal, tutur kata, mimik wajah, perangai, dan sebagainya perlu diserlahkah secara penuh unik, yang mana semua ini membezakan antara watak-watak yang ada. Berikan bentuk imaginasi watak ini secara ringkas kepada pembaca mengambil sifat unik yang paling terserlah. Kurus kering, hitam legam, kerinting, pakai rantai besi sebesar jari, mata kedip-kedip, hidung kemek dsb.
  • Imaginasi hero @ heroin. Oh, cukup penting. Hero mesti gediks ada X-factor. Usah cuba samakan hero dengan pelakon popular pula. "Amira menyukai Lokman (hero). Selain wajah Lokman persis Dato K (contoh), Amira juga mendapati dada Lokman bidang dan berbulu". Sampai ke huruf 'K' itu, si pembaca terus menutup buku itu sebab mahu muntah apabila membayangkan wajah Dato K yang telah merampas kekasih hati pembaca iaitu Dato Siti Nurhaliza. Bina personaliti hero/heroin yang unik tersendiri. Berani. Berdarah hidung bila nervous. Clumsy. Pemalu dan whatever supaya hero nampak 'kiut' di mata pembaca.
  • Gunakan analogi mudah untuk menerangkan keadaan peristiwa yang lebih kompleks. "Betti yang berbaju kurung memanjat tiang elektrik itu seperti beruk memanjat kelapa." "Di celah runtuhan bangunan yang baru dibom itu Jack menyelusup. Dia merangkak perlahan-lahan menghendap musuh di depan seperti singa menghendap rusa di Afrika."
  • Gunakan analogi untuk ukuran. Elakkan ukuran spesifik kecuali yang common seperti 1 kilometer, sekaki, sehasta atau sehektar. Jack memungut paip di kakinya yang berdiameter 10cm. 10 cm sukar untuk dibentuk dlm kepala. Cari benda biasa yang berukuran 10cm. Jack memungut paip di kakinya yang berdiameter sebesar katon bulu tangkis/lengan/tin susu pekat manis hah macam2lah. Tahi hidung sebesar lalat. Makhluk asing sebesar gajah. Lubang hidungnya sebesar bola ping pong. Seluas lima biji padang bola. Sebanyak tujuh kolam olimpik. Setinggi flet 5 tingkat. 

6.5)  Dialog. Dialog adalah sebuah cerita, cerita adalah dialog. Selalunya sesuatu babak yang baru akan dimulakan dengan imaginasi seperti perkara 6 di atas. Kita reserve beberapa perenggan awal untuk set up persekitaran atau suasana, selepas itu barulah drama disusuli dengan dialog-dialog yang berkesan. Dialog amat penting. Ia mesti melambangkan keperibadian watak dan segar. Janganlah semua watak sama saja cara cakap, gaya bahasanya iaitu gaya sang penulis novel itu sendiri. Penulis mesti cuba untuk 'jadi' pelbagai orang. Bahasa dialog mestilah lancar dan tidak kaku. Kalau watak jahat, kita mesti membenarkan dia menggunakan gaya jahat, jangan sebab kita sopan lalu sopanlah kesemua dialog watak kita. Jangan takut sebab watak itu bukan kita.


7) Monolog. Gunakan naratif monolog untuk perkara nombor 8 di bawah. Baca topik khas monolog DI SINI.



8) Jelaskan perasaan dalaman watak utama hero/heroin. Persoalan dalam fikiran. Perasaan tertentu seperti kesedihan, putus harapan, kekecewaan, atau kegementaran saat-saat saspens. Juga kelemahan hero/heroin seperti gugup, gelabah, penakut, fobia, dsb. Pada setiap babak, dilema dalam fikiran watak amat penting untuk memandu arah pemikiran pembaca. 



9) Persoalan dan jawapan. Dua perkara ini akan membuatkan novel yang dibaca sukar untuk diletak. Disinilah terletaknya keterujaan untuk membaca novel. Jangan semata harap novel dibaca sebab pembaca itu suka membaca, kesian dia berpeluh nak habiskan 2 muka surat. Maka di awal-awal bab, susun persoalan-persoalan yang mencanakkan sifat ingin tahu pembaca. Sebab itu prolog novel itu sangat menerujakan, sepatutnya. Sesungguhnya sifat ingin tahu orang melayu amat raksasa. Orang kata jangan buat, benda itu yang dia nak buat. Orang kata jangan tengok, dia akan korek sampai dapat. Yang 'bulat' takde apa-apa, tapi kalau tutup sikit-sikit tu dia jenguk sampai nak putus urat leher. (ooppsss). Jadi, gunakan kelemahan-kelemahan ini. Cucuk angin orang kata. 



10) Nilai. "Buku apa ni tulis benda sampah!" Very hurting to hear this. Jadi, tulislah novel yang bernilai dari segi agama, moral, sosial, ekonomi dan sebagainya. Maka tulislah sesuatu dengan pengetahuan spesifik atau rujukan yang cukup. Gunakan sepenuhnya kemudahan internet seperti google, howstuffworks, wikipedia, dan laman-laman web spesifik.


11) Pelbagaikan cerita, luaskan idea. Tengok sini untuk tips-tips cari idea melalui brainstorming dan editing. 



12) Peram dan sunting. Manuskrip perlu disunting berkali-kali, semakin disunting, semakin ia menjurus ke arah kesempurnaan. Sebelum disunting, peramkan dahulu ia paling kurang seminggu. Agar kepala kembali neutral, segar, basah dan kembali gebu untuk menyunting manuskrip itu dengan sudut yang baharu dan 'hijau'.
Terima Kasih Korang Yang Masih Support aQ!! Hehehekh.. 

Tuesday, 10 January 2012

Update Your FB 2012

 
Sufyan will share their earthly knowledge on FB ..                                  Translate in B.M          


What's new on FB?

Today Sufyan will teach you about the timeline ..


Do You Know About Timeline??

Why not .. If you already know .. Read just add your knowledge ..


I recommend this field that no longer make your own timeline ..

Look at the videos, which have this show ..






To see more clearly

Please double-clicking the video close



Maybe some of us have been able to understand what I taught you!!

Or there are those who are still confused ..

Why not? Sufyan will explain in more detail more ...



The Easy Way

1) Make sure you log in you FB

2) Please Type in the Timeline

     Why not clip on Sufyan Teach You!

      Press Button "GET Timeline"

3) Now you have come to understand

4) beautifying your Timeline as your creativity ..


ORIGINAL BY :SUFIAN BEMILLIONAIRE69 

Kemaskini FB anda 2012

Sufian akan berkongsi ilmu duniawi mengenai FB..

TRANSLATE IN B.I

Apa yang terbaru mengenai FB??
Hari ini Sufian akan mengajar anda mengenai TimeLine..

Tahukah Anda Mengenai Timeline??
Tak Mengapa..Kalau anda sudah tahu.. Bacalah sekadar menambah knowledge anda..

Saya syorkan ilmu ini yang tidak lagi membuat timeline anda sendiri..
Lihatlah Video yang sempat paparkan ini..




 

Untuk melihat dengan lebih terang 
Sila double clik dekat video tersebut


Mungkin ada diantara kita sudah dapat memahami apa yang saya ajarkan kepada anda!!
Atau ada lagi yang masih lagi kebingungan..
Tak Mengapa!! Sufian akan menerangkan dengan lebih detail lagi...


Cara Mudah
1) Pastikan anda log in FB anda
2) Sila Taipkan Timeline 
    Tak Mengapa Sila klip di SUFIAN AJARKAN!!
     Tekan Button "GET TIMELINE"
3) Sekarang anda sudah faham
4) Cantikkan Timeline anda mengikut kreativiti anda..

ORIGINAL BY:SUFIAN BEMILLIONAIRE69




Panduan Menawan Hati Suami Anda

"PANDUAN MENAWAN HATI SUAMI ANDA"

Testimoni:-

Sememangnya, bukanlah mudah unutuk mendapatkan pasangan yang benar-benar memenuhi semua kriteria idaman kita pada hari ini. Ada sesetengah lelaki tu, hensem, tetapi perangai agak kebudak-budakan. Ada sesetengah tu pula, macho dan sentiasa bergaya, tetapi apabila keluar berjalan bersama dari petang sampai ke malam, tak pernah pula nampak dia singgah di surau atau masjid. Payah juga kan?
Takkan nak main terima je semua? Nak hidup bersama bukannya untuk sehari atau seminggu-dua, kalau boleh, mahu selama-lamanya. Jadi, kenalah pilih betul-betul , kalau tersilap pilih, boleh merana jiwa dan lara. Tetapi, masalahnya sekarang, disebabkan pilih punya pilih punya pilih, umur pun dah nak jejak kategori "andartu", ke"panas"an telinga tak payah cakaplah.. asal balik kampung je, lebih-lebih lagi masa hari raya, mak ayah, sedara-mara, kawan-kawan, tak sudah-sudah bertanya.. "Bila nak kahwin?.. bila nak kahwin?".. "Haishhh!". Yang lagi tak tahan, makcik jiran kampung sebelah pun tumpang sekaki bertanya.. kalau makcik sebelah rumah tu takperlah lagi.. ini kampung sebelah ni.. isk! isk!
Kalau ikutkan hati.. esok juga nak kahwin? Tapi masalahnya.. sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagi calon yang sesuai!. Sudah pupus ke "pria-pria terhebat" di dunia ini, cukuplah kalau dapat jumpa seorang lelaki yang kacak, baik hati, sopan-santun, beriman dan juga "kaya!"... he he!. Tak pedulilah kalau orang nak kata "awak ni mata duitanlah..", apa yang pasti, ianya adalah salah satu faktor yang agak penting juga untuk memastikan kehidupan berumahtangga nanti lebih terjamin.

Baca Selanjutnya..

Panduan Menambat Hati Suami

By :bemillionaire69                                                                 Translate in B.I

Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.
Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. (jika suami dalam mood yang sesuai)
Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
Ruangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk. Masak resepi ibu mertua (kegemaran suami) sekali-sekala.
Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya)
Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.
Minta bantuan suami hanya jika sesuai. sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. ( Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )
Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian)
Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. (jika boleh)
Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.
Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.
Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.
Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya.
Jangan menyuruh-nyuruh gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.
Pesan ke suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.
Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.
Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.). Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.
Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.
Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.
Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami di ketika itu. Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.
Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.
Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya “Abang nak minum air apa?” atau ” Abang nak minum ke?”
Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai.
Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.
Sentiasa bersegera apabila bersiap dan jangan tiba-tiba ingin menukar baju yang dpakai.
Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)
Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-kesemasa: – tali pinggang, kasut, cermin mata hitam dan seumpamanya.
Tolong suami buat kerja dia di rumah.- cuci kereta, potong rumput, mengecat rumah dan seumpamanya.
Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa.
Pergi ” dating” atau ” berbulan madu” sekali sekala.
Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau ” pulangkan paku buah keras “.
Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.
Urut mengurut suami dari semasa ke semasa
Layan suami sepertimana kita melayannya semasa baru2 kenal.


"Make Money"